Proses permohonan visa Amerika Syarikat boleh mengambil masa berminggu atau berbulan bergantung kepada sejauh mana cepatnya anda dapat membuat temu janji dengan Kedutaan Amerika Syarikat atau Konsulat. Anda disarankan untuk memulakan proses permohonan seawall mungkin. Anda boleh memohon visa Amerika Syarikat meskipun anda tidak merancang untuk melawat Amerika Syarikat dalam masa terdekat. Anda tidak perlu untuk memberikan tarikh perjalanan yang sebenar apabila anda memohon visa tersebut. Visa Amerika Syarikat biasanya sah dari 1-10 tahun.
Pelawat asing yang memasuki Amerika Syarikat bagi tujuan pelancongan atau kegiatan lapang boleh memohon Visa Pelancong B-2 amnya. Visa pelancong ini diperlukan bagi pelawat dari negara yang tidak menyertai Program Pelepasan Visa, namun pelawat dari negara Program Pelepasan Visa masih perlu untuk memegang Visa Pelancong B-2 yang sah untuk lawatan ke Amerika Syarikat dalam tempoh melebihi 90 hari atau jika mereka merancang untuk meminda status mereka kepada visa bukan imigran atau pendudukan tetap yang lain (Kad Hijau) ketika menetap di Amerikan Syarikat.
Visa B-2 juga boleh diperolehi oleh individu yang memasuki Amerika Syarikat bagi tujuan jelas mendapatkan rawatan perubatan. Meskipun proses permohonan adalah sama seperti untuk tujuan pelancongan atau kegiatan lapang, dokumentasi tambahan diperlukan untuk mewujudkan akuan perubatan bagi perjalanan dan kelayakan pemohon untuk visa tersebut. Panduan Permohonan Visa Pelancong B-2 menyenaraikan dokumentasi yang diperlukan untuk visa perubatan dan proses permohonannya.
Tempoh menetap maksimum bagi pemegang Visa Pelancong B-2 ialah enam bulan, visa pelawat rutin dikeluarkan bagi tempoh enam bulan penuh. Walaubagaimanapun, pegawai imigresen bagi setiap pintu masuk Amerika Syarikat berhak menentukan tempoh menetap yang dibenarkan bagi setiap pelawat berdasarkan kes tertentu. Pelawat boleh diberikan tempoh menetap yang lebih singkat oleh pegawai imigresen ketika memasuki Amerika Syarikat. Dalam kes ini, pelawat berhak memohon untuk melanjutkan tempoh menetap mereka.
Selepas memasuki Amerika Syarikat dengan Visa B-2, pelawat layak memohon untuk penukaran status visa mereka kepada visa yang lain, sama ada visa pekerja sementara, visa pelajar, atau Kad Hijau jika layak. Keistimewaan mengemas kini status seseorang di Amerika Syarikat hanya diberikan kepada pelawat yang masuk ke Amerika Syarikat dengan Visa Pelancong B-2, dan tidak dibenarkan dibawah Program Pelepasan Visa.