United States Visa Applications
Kami menawarkan penilaian VISA percuma untuk membantu pelawat dengan destinasi Amerika Syarikat,,untuk memilih jika mereka layak untuk masuk ke Amerika Syarikat dibawah Program Pelepasan Visa atau jika mereka perlu memohon VISA. Lawan sesawang ini beroperasi dibawah syarikat persendirian, dan tidak dimiliki oleh Kerajaan Amerika Syarikat. Kami tidak mengeluarkan visa ESTA mahupun VISAS.

HUBUNGI KAMI

Kami berusaha memberi 100% Kepuasan Pelanggan. Jika anda mempunyai soalan mengenai pembelian Panduan Permohonan Visa Amerika Syarikat, pembayaran atau soalan umum berkaitan cara mendapatkan Visa Amerika Syarikat, sila hubungi kami pada bila-bila masa. Kami beroperasi 7 hari seminggu dan biasanya akan memberi respon dalam tempoh 24 jam. Sila beri maklum balas kepada kami dalam bahasa natif anda kerana kami mempunyai pilihan bahasa. Walaubagaimanapun, kami lebih gemar Bahasa Inggeris.

Anda boleh menghubungi kami melalui cara berikut:

  • Emel:info@usavisa.com
  • Telefon: +1 469.324.4873

Sila tambah info@info@usavisa.com dalam buku alamat dan senarai putih emel anda untuk memastikan anda menerima maklum balas kami dalam peti mel anda.
Jika anda tidak menerima sebarang respon dalam tempoh 24 jam, sila semak folder emel remeh anda.


Jika anda menghubungi kami berkenaan permintaan pembayaran balik, sila sertakan maklumat berikut ketika menghubungi kami:

  • Nama penuh anda
  • Alamat emel yang digunakan untuk membuat pembelian
  • Tarikh pembelian
  • Soalan dan komen anda

Soalan Lazim Mengenai Visa Amerika Syarikat:

Soalan: Saya tidak menerima emel pengesahan selepas menghantar pesanan saya. Apa perlu saya buat?
Jawapan: Semak folder emel remeh anda. Semua emel pengesahan dihantar segera. Jika anda tidak menerimanya, sila hubungi kami untuk bantuan.

Soalan: Saya tidak dapat membuka Panduan Permohonan. Apa perlu saya buat?
Jawapan: Panduan Permohonan Visa Amerika Syarikat perlu dibuka dengan Adobe Reader, program percuma yang anda boleh muat turun disini. Jika anda menghadapi sebarang masalah lain ketika membuka Panduan Permohonan, sila hubungi kami untuk bantuan.

Soalan: Saya tidak berpuas hati dengan Panduan Permohonan Visa Amerika Syarikat. Bagaimana saya memohon bayaran balik?
Jawapan: Kami menawarkan 30 hari jaminan wang dikembalikan. Sila hubungi kami dan sertakan maklumat berikut: nama penuh, alamat emel, empat nombor akhir kad kredit yang digunakan, dan sebab untuk tuntutan bayaran balik.

Soalan: Adakah laman sesawang anda mengeluarkan visa?
Jawapan: Kami tidak mengeluarkan sebarang visa. Visa Amerika Syarikat hanya boleh dikeluarkan oleh Kedutaan atau Konsulat Amerika Syarikat. USAvisa.com adalah sebuah laman sesawang persendirian yang tidak terikat dengan Kedutaan atau Konsulat Amerika Syarikat.

Soalan: Bagaimana boleh saya tahu jenis visa yang mana perlu dipohon?
Jawapan: Terdapat banyak jenis visa bergantung kepada tujuan lawatan anda. Terdapat dua kategori utama iaitu “visa imigran” (contohnya Visa Tunang K-1) dan “visa bukan imigran” (Visa Pelancong B-2 atau Visa Kerja H-1B). Sebahagian visa bukan imigran boleh dikeluarkan untuk satu tempoh sangat pendek di Amerika Syarikat (contohnya Visa Transit C-1), atau beberapa tahun (contohnya Visa Kerja H-1). Jika anda tidak pasti jenis visa yang sesuai dengan tujuan anda, sila hubungi kami atau muat turun panduan permohonan visa Amerika Syarikat untuk maklumat lanjut.

Soalan: Passport saya telah tamat tempoh, namun visa Amerika Syarikat masih sah. Bagaimana saya boleh memindahkannya?
Jawapan: Anda tidak boleh memindahkannya. Hanya buat perjalanan dengan passport baru dan passport lama anda dengan visa yang sah. Tunjukkan kedua-kedua passport ketika memasuki Amerika Syarikat. Jangan usik atau cuba untuk mengalihkan visa dari passport lama anda, kerana tindakan itu akan menyebabkan visa itu tidak sah.

Soalan:Bolehkah saya memiliki lebih dari satu visa yang sah?
Jawapan: Ya, perkara itu mungkin berlaku. Boleh jadi, anda contohnya seorang pelajar di Amerika Syarikat dengan visa F-1, tetapi anda juga pemegang visa pelancong B-2. Yang penting ialah anda menerangkan kepada pegawai imigresen ketika memasuki Amerika Syarikat tujuan lawatan anda selaras dengan visa yang anda miliki.

Soalan: Saya memiliki passport yang dikeluarkan oleh negara yang lain. Perlukah saya memohon visa yang berlainan bagi setiap passport?
Jawapan: Tidak. Pilih passport yang anda akan gunakan untuk melawat Amerika Syarikat dan dapatkan visa untuk passport berkenaan sahaja.