United States Visa Applications
Kami menawarkan penilaian VISA percuma untuk membantu pelawat dengan destinasi Amerika Syarikat,,untuk memilih jika mereka layak untuk masuk ke Amerika Syarikat dibawah Program Pelepasan Visa atau jika mereka perlu memohon VISA. Lawan sesawang ini beroperasi dibawah syarikat persendirian, dan tidak dimiliki oleh Kerajaan Amerika Syarikat. Kami tidak mengeluarkan visa ESTA mahupun VISAS.

PROGRAM

ESTA merujuk kepada Sistem Elektronik Pengesahan Perjalanan. Ia diperlukan oleh kerajaan Amerika Syarikat kepada pelawat dari negara Program Pelepasan Visa (VWP) yang menyertai VWP. Saranan Pelaksanaan Akta Suruhanjaya 9/11 2007 mewajibkan syarat ESTA.
ESTA menggunakan system automatik yang menentukan sama ada pelawat layak untuk melawat Amerika Syarikat dibawah VWP. Walaubagaimanapun, program ESTA tidak menentukan sama ada seorang pelawat itu akan dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat. Perkara itu ditentukan oleh pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan (CPB) ketika pelawat tiba di Amerika Syarikat.

Anda boleh menghantar permohonan ESTA (yang menyoal maklumat mengenai anda, termasuk soalan berkaitan perkara yang akan memberi kesan kepada kelayakan anda) pada bila-bila masa sebelum anda membuat perjalanan ke Amerika Syarikat. Anda juga boleh mendapatkan ESTA di lapangan terbang anda bertolak. Sebagai peraturan umum, anda sangat digalakkan untuk memohon pada peringat awal perancangan perjalanan anda, dan sebelum anda membeli tiket penerbangan ke Amerika Syarikat.

Penting bagi anda untuk dapatkan ESTA. Jika anda tidak mempunyainya, anda mungkin tidak dibenarkan untuk daftar masuk; peraturan ini terpakai kepada bayi dan juga orang dewasa.
Syarat untuk ESTA terpakai hanya melalui ketibaan udara, atau pelayaran kapal; pengangkut udara dan air mesti disahkan. Jika anda membuat perjalanan ke Amerika Syarikat dari Mexico atau Kanada melalui darat, anda tidak perlu ESTA. Anda juga tidak perlu ESTA jika anda membuat perjalanan ke Washington dari Victoria atau Vancouver di British Columbia, Kanada dengan feri.

VWP membolehkan anda melawat Amerika Syarikat sehingga 90 hari. Sekiranya anda membuat perjalanan ke Mexico, Kanada, Kepulauan Caribbean, atau Bermuda dari Amerika Syarikat, masa yang terluang di sana dikira termasuk dalam tempoh 90 hari tersebut.


Negara yang Layak untuk ESTA

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat menentukan negara yang termasuk dalam VWP. Anda mestilah berasal dari rakyat salah satu negara program ini untuk layak diberikan pelepasan visa. Jika anda bukan rakyat dari mana-mana negara ini, tapi merupakan penduduk tetap dari salah satunya, anda tidak layak.
Akta Imigresen dan Kewarganegaraan (Tajuk 8 U.S.C. 1187) menetapkan syarat asas bagi sesebuah negara untuk layak dibawah VWP. Secara khususnya, Seksyen 217 (c)(2)(A) menetapkan bahawa kadar penafian bagi visa untuk pelawat bukan imigran mesti 3% atau kurang. Faktor seperti kepatuhan kepada kepada undang-undang imigresen Amerika Syarikat dan tahap keselamatan passport yang tinggi juga adalah penting.
Pada Januari 2016, ESTA ditarik balik bagi dwi kerakyatan negara-negara berikut:
Iraq, Syria, Iran, dan Sudan. Dwi kerakyatan dari negara-negara ini mesti memohon visa pelawat biasa dari Suruhanjaya Amerika Syarikat untuk melawat Amerika Syarikat.

Jika anda mempunyai ESTA, dan ketika anda tiba di Amerika Syarikat, CPB menentukan bahawa anda pernah membuat perjalanan ke Iraq, Syria, Iran, Sudan, Somalia, Libya, Yaman, pada atau selepas 1 Mac 2011, anda tidak akan dibenarkan masuk ke negara ini kecuali anda layak untuk diberi pelepasan. ESTA anda walaubagaimanapun tidak akan ditarik balik.

Pelepasan jenis ini boleh diberikan kepada pelawat yang melawat salah sebuah negara yang disenaraikan dalam tugas rasmi bagi pihak organisasi antarabangsa atau serantau, organisasi kemanusiaan bukan kerajaan, atau kerajaan subnasional. Pelepasan berkenaan boleh diberikan kepada wartawan yang melawat salah sebuah negara yang disenarai untuk membuat liputan cerita.
Pelepasan in walaubagaimanapun diuruskan berdasarkan kes, dan tertakluk dibawah keputusan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, yang akan memilih untuk mengeluarkan pelepasan berkenaan berdasarkan keselamatan nasional atau kepentingan penguatkuasaan undang-undang Amerika Syarikat.


Proses Permohonan ESTA

Menurut saranan dari kerajaan Amerika Syarikat, waktu terbaik menghantar permohonan dalam talian untuk pengesahan adalah sekurang-kurangnya 72 jam (tiga hari) sebelum tarikh anda membuat perjalanan ke Amerika Syarikat. Kebanyakan permohonan diluluskan dengan cepat (dalam tempoh seminit); tempoh 72 jam hanyalah saranan, dan bukan satu syarat.
Anda harus bagaimanapun beringat bahawa jika anda tidak layak untuk memiliki ESTA, anda perlu melalui proses permohonan visa yang lebih lama di Kedutaan atau Konsulat Amerika Syarikat, dan mungkin akan ditemuduga oleh pegawai Konsular Amerika Syarikat. Ini boleh menyebabkan penangguhan menurut beberapa pemerhati pada perjalanan saat-saat akhir ke Amerika Syarikat atas urusan kerja, jadi anda perlu merancang dengan teliti.

Pengesahan Perjalanan ESTA sah untuk tempoh dua tahun. Anda bagaimanpun mesti memohon ESTA baharu pada bila-bila masa anda menukar nama, jantina, atau negara kewarganegaraan anda, atau sekiranya terdapat perubahan pada jawapan anda pada soalan kelayakan dalam permohonan ESTA, atau apabila anda mendapat passport baharu.

ESTA membolehkan anda tinggal di Amerika Syarikat dan negara serantau selama 90 hari, tanpa tempoh lanjutan. Untuk menetap lebih lama, anda perlu memohon visa.

Pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan (CPB) Amerika Syarikat membuat keputusan muktamad sama ada anda akan dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat. Mereka boleh menafikan atau membatalkan ESTA anda pada bila-bila masa ketika lawatan anda, jadi pemilikan ESTA bukan satu jaminan untuk kemasukan ke Amerika Syarikat.

Program Pelepasan Visa (VWP)

VWP, atau Program Pelepasan Visa, merupakan program pengesahan perjalanan kerajaan Amerika Syarikat yang ditetapkan pada rakyat negara tertentu. Ia membolehkan pelawat dari negara-negara berkenaan datang ke Amerika Syarikat tanpa visa selama 90 hari untuk kerja atau pelancongan. Pelawat dibawah VWP boleh membuat perjalanan ke semua lima puluh negeri, juga ke Kepulauan Virgin dan Puerto Rico. Lawatan ke kawasan Amerika Syarikat yang lain dibawah VWP adalah terhad.

Pemilihan dan Status Negara VWP

Negara yang terpilih untuk VWP mempunyai ekonomi membangun dan berpendapatan tinggi, dengan rating Indeks Pembangunan Manusia yang tinggi. Apabila sesebuah negara dicalonkan untuk VWP, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat akan mula membuat siasatan polisinya berhubung imigresen dan keselamatan dalam negeri (dalaman). Proses pencalonan berakhir dengan penerimaan atau penolakan, namun ia boleh berlangsung dalam masa yang tidak dapat dipastikan.

Pencalonan boleh diteruskan dengan status “peta jalan”. Negara peta jalan biasanya berada dalam perbincangan dengan Amerika Syarikat berkenaan dengan kemasukan dibawah VWP. Perbincangan peta jalan tersebut telah berjalan sejak 2005. Ia asalnya melibatkan 19 negara. Sembilan dari negara tersebut (Argentina, Brazil, Uruguay, Poland, Romania, Bulgaria, Cyprus, Israel, dan Turki) masih terlibat dalam perbincangan berkenaan. 10 negara yang lain adalah sebahagian dari VWP sekarang ini.

Isu Tertentu Yang Memberi Kesan Pada Kelayakan VWP

Ini bermakna ketidakstabilan ekonomi dan politik boleh memberi kesan secara tidak langsung pada kelayakan (walaupun tidak dianggap faktor langsung). Rakyat dari negara yang menghadapi ketidakstabilan boleh, menurut pandangan Amerika Syarikat, mempunyai sebab yang lebih besar untuk mencabuli terma visa mereka atau kerja di Amerika Syarikat tanpa permit, berbanding rakyat dari negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi serta membangun. Biasanya, konsul Amerika Syarikat aan mengambil kira faktor berkenaan apabila mempertimbangkan permohonan visa.

Kedua-dua Argentina (2002) dan Uruguay (2003) hilang kelayakan VWP mereka disebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menyebabkan krisis kewangan; Amerika Syarikat khuatir bahawa rakyat dari sala sebuah negara berkenaan telah berhijrah dalam jumlah yang besar dan tinggal melebihi tempoh.
Keadaan lain juga boleh memberi kesan kepada kelayakan VWP, termasuk layanan rakyat Amerika Syarikat yang membuat perjalanan ke negara berkenaan. Ini menjadi sebab mengapa Israel tidak dimasukkan dibawah VWP; pelawat Amerika berdarah Palestin dikatakan diletakkan dibawah pengawasan yang ketat yang menjadikan Israel mencabuli syarat persefahaman.
Negara lain boleh juga mendesak agar dimasukkan dibawah VWP. Lima negara Kesatuan Eropah (Bulgaria, Cyprus, Croatia, Poland dan Romania) tidak berada dibawah VWP. Daripada senarai ini, hanya Croatia yang menyertai EU baru-baru ini, bukan negara peta jalan. EU telah mendesak Amerika Syarikat untuk memasukkan semua negara ini, dan pada November 2014, Bulgaria mengambil langkah tambahan dengan menyatakan bahawa melainkan ia diberi status VWP, negara berkenaan tidak akan memeterai Usahasama Perdagangan dan Pelaburan Transatlantik.

VWP: Satu Sejarah

Program Pelepasan Visa bermula dengan sebuah akta Kongres yang diluluskan pada 1986. Ia bertujuan untuk memudahkan lawatan kerja jangka pendek dan pelancongan ke Amerika Syarikat, dan membolehkan Jabatan Negeri menumpukan pada risiko yang lebih besar. Negara VWP pertama adalah UK (Julai 1988), yang kedua adalah Jepun (Disember 1988). The Netherlands, Perancis, Jerman Barat, Itali, Sweden, dan Switzerland turut serta menyertai VWP pada 1989.
1991 menyaksikan Sepanyol, Denmark, Finland, Iceland, Norway, Austria, Belgium, Luxembourg, Andorra, Liechtenstein, Monaco, dan San Marino dimasukkan dalam program tersebut. New Zealand merupakan negara pertama dari Ocenia yang menyertai VWP, juga pada 1991. Brunei merupakan negara Asian kedua yang sertai VWP pada 1993.
Ireland telah dimasukkan dibawah VWP pada 1 April 1995. Australia dan Argentina (negara Amerika Latin pertama, yang kemudiannya digugurkan dari program tersebut pada 2002) menyertai VWP pda 1996. Slovenia menyertai VWP pada 30 September 1997. Singapura, Portugal dan Uruguay (digugurkan pada 2003) menyertai VWP pada 9 Ogos 1999.

Pentadbiran George W. Bush merangka beberapa syarat-syarat yang restriktif selepas serangan 11 September. Ini termasuklah satu undang-undang yang memerlukan pelawat VWP yang tiba di Amerika Syarikat untuk menunjukkan passport yang boleh dibaca mesin bermula 1 Oktober 2003. Beberapa negara VWP masih lagi mengeluarkan passport yang tidak memenuhi syarat boleh dibaca mesin, namun lebih dari 33% pelawat dari Sepanyol dan Perancis masih memegang passport yang tidak boleh dibaca mesin. Akibatnya, syarat boleh dibaca mesin ditangguhkan sehingga 26 Oktober 2004. Penangguhan ini bagaimanapun tidak terpakai di Belgium, kerana Amerika Syarikat mempunyai keraguan yang serius berhubung integriti dan keselamatan passport dari negara berkenaan.
Amerika Syarikat juga telah menetapkan 26 Oktober 2006 sebagai tarikh bermulanya syarat bahawa semua passport pelawat VWP mestilah biometrik. Apabila syarat boleh dibaca mesin ditetapkan semula pada tarikh tersebut, Amerika Syarikat bagaimanapun menjadualkan semula syarat biometrik untuk bermula pada 26 Oktober 2005. Tarikh ini kemudian dipinda ke 26 Oktober 2006, kerana EU percaya beberapa buah negara tidak akan dapat mengikut tarikh 2005.

Syarat Biometrik sememangnya berkuatkuasa bermula 26 Oktober 2006; semua passport VWP yang dikeluarkan pada tarikh berkenaan dan seterusnya mestilah biometrik. Walaubagaimanapun pada waktu itu, Brunei, Liechtenstein, dan Andorra masih belum mengeluarkan passport biometrik.

ESTA (Sistem Elektronik Pengesahan Perjalanan) dilancarkan pada November 2006. Ia berdasarkan program Pengesahan Perjalanan Elektronik Australia yang kukuh, dan ia bertujuan untuk membolehkan pelawat VWP memberikan maklumat perjalanan kepada kerajaan Amerika Syarikat lebih awal sebelum lawatan mereka. Amerika Syarikat pula akan memberikan mereka pengesahan elektronik untuk melawat negara berkenaan (meskipun tanpa jaminan kemasukan).

Memandangkan program berkenaan berasal dari Australia, berbaloi untuk anda menyemak pelaksanaan di Australia dalam Sistem Pengesahan Perjalanan. ETA Australia (Pengesahan Perjalanan Elektronik) adalah visa elektronik yang disimpan di dalam system computer DIAC (Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan). Semua pelawat ke Australia diwajibkan untuk memohon visa (sama ada ETA atau sebaliknya), kecuali warga New Zealand, yang diberikan visa secara automatic apabila mereka tiba di Australia, dibawah terma perjanjian Perjalanan Trans-Tasman. Dengan hanya pengecualian kepada rakyat New Zealand, ETA secara efektif telah menggantikan lawatan tanpa visa ke Australia. Walaupun pelawat mesti membeli ETA (dalam talian dari DIAC, atau dari syarikat penerbangan yang sah atau agensi pelancongan), dan Australia merupakan satu-satunya negara yang memerlukan visa untuk dibeli bagi rakyat Amerika Syarikat yang melawat, prosesnya sememangnya tidak formal agar Amerika Syarikat menerimanya sebagai satu aturan yang memenuhi standard syarat salingan (khususnya 90 hari lawatan tanpa visa untuk perniagaan dan pelancongan). Kebanyakan pelawat Eropah (termasuk rakyat negara EU) menggunakan program ePelawat yang sama (tetapi percuma)bagi pengesahan perjalanan elektronik. Secara keseluruhannya, terdapat persamaan yang besar antara system ePelawat dan syarat-syarat VWP Amerika Syarikat untuk pelawat memohon ESTA.

Syarat-syarat VWP

Pelawat perlu memenuhi syarat-syarat untuk layak dibawah Program Pelepasan Visa:

  • Bermula April 1, 2016, semua pelawat perlu memounyai passport elektronik.
  • Selain itu, dibawah VWP, setiap pelawat perlu mempunyai passport mereka sendiri. Ini bermakna anak anda mesti mempunyai passport mereka sendiri jika mereka turut membuat perjalanan dengan anda; mereka tidak boleh termasuk dalam passport anda.
  • Sebelum tarikh tersebut, syarat-syarat passport adalah seperti berikut:
  • Semua passport mestilah biometrik dan boleh dibaca mesin.
  • Rakyat negara dibawah VWP sebelu 2008 berhadapan dengan syarat-syarat tanggungan tarikh keluaran seperti berikut:
  • Jika passport dikeluarkan sebelum 26 Oktober 2005, ia perlu boleh dibaca mesin.
  • Jika passport dikeluarkan antara 26 Oktober 2005 dan 26 Oktober 2006, ia perlu disertakan dengan sekeping gambar digital selain perlu boleh dibaca mesin.
  • Jika passport dikeluarkan selepas 26 Oktober 2006, ia perlu menjadi e-passport biometrik. Ini bermakna ia perlu mengandungi cip elektronik bersama kedua-dua maklumat biometrik dan peribadi pelawat berkenaan. Syarat –syarat e-passport ini perlu dipatuhi oleh semua negara yang baru menyertai (Chile, Republik Czech, Hungary, Republik Slovak, Estonia, Latvia, Lithuania, Malta, Greece, dan Korea Selatan).

ESTA

Bermula 3 Jun 2008, jika anda membuat perjalanan ke Amerika Syarikat dibawah VWP, anda mesti memohon ESTA (Sistem Elektronik Pengesahan Perjalanan) sebelum anda bertolak ke Amerika Syarikat. Proses permohonan adalah dalam talian, dan anda disaranan untuk memohon tiga hari (72 jam) sebelum bertolak ke Amerika Syarikat (walapun tidak dimestikan). ESTA sah untuk dua tahun dari tarikh ia dikeluarkan. Program ESTA adalah berdasarkan sistem Pengesahan Perjalanan Elektronik yang digunakan di Australia.

Tujuan syarat ini adalah untu membolehkan pelawat VWP diperiksa untuk senarai dan pangkalan data pengganas atau individu tidak dibenarkan terbang; ia merupakan langkah keselamatan utama. Pengesahan ESTA diperlukan untuk pelawat VWP, tapi ia bukanlah jaminan yang anda akan dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat. Ketetapan tersebut tertakluk kepada pegawai CBP pada ketika anda masuk ke Amerika Syarikat.

Beberapa fakta yang dikongsi oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat

  • ESTA yang telah disahkan membolehkan anda masuk ke Amerika Syarikat beberapa kali.
  • ESTA yang disahkan sah untuk dua tahun, atau sehingga tarikh tamat tempoh passport anda—yang mana berlaku dahulu.
  • ESTA yang disahkan hanya membolehkan anda untuk membuat perjalanan ke Amerika Syarikat dengan pengangkut yang sah dibawah VWP. Ia tidak menjamin yang anda akan dapat masuk ke Amerika Syarikat. Pegawai CBP di pintu masuk akan menentukan sama ada anda akan dibenarkan masuk.
  • Pada tahap ini, semua pelawat ke Amerika Syarikat dari negara VWP mesti mempunyai ESTA yang sah sebelum bertolak ke Amerika Syarikat dengan pengangkut udara dan laut yang sah dibawah VWP.
  • Pengangkut dan Tiket Seterusnya/Pulang
  • Apabila anda tiba di Amerika Syarikat melalui laut atau udara, anda mestilah:
  • Mempunyai tiket pulang ke negara asal anda, atau tiket seterusnya ke negara lain, dan
  • Membuat perjalanan dengan pengangkut komersil yang menyertai program pengesahan.

Passport Sah

Dalam kebanyakan situasi, Amerika Syarikat memerlukan passport pelawat yang sah untuk enam bulan selepas tarikah pelawat meninggalkan Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, terdapat perjanjian diantara Amerika Syarikat dengan beberapa buah negara yang mana syarat ini dikecualikan.

Syarat-syarat Tambahan

Untuk membuat perjalanan ke Amerika Syarikat dibawah VWP, anda mestilah:

  • Merancang untuk melawat Amerika Syarikat bagi tujuan pelancongan, kerja jangka pendek, atau transit. Jika anda seorang wartawan atau staff wartawan yang merancang untuk melawat Amerika Syarikat untuk membuat liputan cerita, anda tidak boleh membuat perjalanan dibawah VWP, dan mesti mempunyai visa.
  • Jika anda telah melawat Amerika Syarikat sebelum ini, dan mematuhi semua syarat-syarat lawatan tersebut.
  • Tidak ditahan atau didakwa pada bila-bila masa sebelum ini dengan a) dua atau lebih jenayah yang kedua-duanya membawa hukuman lima tahun penjara atau lebih, b) jenayah melibatkan bahan kawalan, atau c) jenayah melibatkan kejian moral. Undang-undang yang memadam rekod jenayah selepas satu tempoh tertentu tidak memberi kesan kepada syarat in (termasuk Akta Rehabilitasi Salah Laku 1974 di UK). Soalan berkaitan permohonan ESTA pada tahap ini adalah sangat spesifik, dan anda mesti jawab dengan tepat. Dibawah keadaan tertentu, anda layak untuk mendapat pengecualian, meskipun keputusan berhubung dengan pengecualian tertakluk kepada Situasi Amerika Syarikat yang membolehkan pengecualian termasuk yang berikut: a) jika anda melakukan satu kesalahan yang memperuntukkan satu tahun atau kurang bagi hukuman Amerika Syarikat, dan anda telah menjalani hukuman selaman enam bulan, atau b) jika anda melakukan satu kesalahan ketika anda bawah 18 tahun, dan telah dibebaskan dari tahanan bagi jenayah terbabit selama lebih lima tahun sebelum memohon visa.
  • Tidak dianggap tidak boleh masuk ke Amerika Syarikat atas sebab lain, termasuk keselamatan nasional dan kesihatan.
  • Jika anda tidak memenuhi syarat-syarat berkenaan, anda mesti memohon visa pelawat biasa di kedutaan dan konsulat Amerika Syarikat.

Sila maklum bahawa dalam situasi tertentu, sebahagian kedutaan dan konsulat Amerika Syarikat menasihatkan pelawat untuk memohon visa pelawat standard (selain VWP) walaupun pelawat berkenaan masih layak untuk VWP. Ini boleh terjadi sekiranya anda telah dinafikan kemasukan ke Amerika Syarikat sebelum ini. Anda masih layak untuk VWP, namun kecuali jika anda telah menyelesaikan masalah yang berlaku pada mulanya, anda mungkin akan dinafikan lagi. Anda juga dinasihatkan untuk memohon visa pelawat standard jika anda telah ditahan dan didakwa atas kesalahan jenayah, walaupun seperti yang dinyatakan, pengecualian boleh berlaku. Anda hanya dianggap tidak layak jika anda tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi VWP.

Jika pegawai imigresen sememangnya menentukan untuk menghalang anda dari memasuki Amerika Syarikat, anda walaubagaimanapun tidak berhak untuk membuat rayuan kecuali jika anda mempunyai visa, yang membolehkan anda membuat rayuan kepada hakim imigresen.

Halangan dibawah VWP

Dibawah Program Pelepasan Visa:

  • Anda tidak boleh memohon lanjutan tempoh menetap anda. Walaubagaimanapun, anda boleh lakukannya jika anda mempunyai visa standard. Anda juga boleh memohon status penukaran sekiranya anda membuat perjalanan dibawah VWP jika anda memohon suaka atau berkahwin dengan rakyat Amerika Syarikat.
  • Anda tidak boleh membuat rayuan untuk masuk. Apabila anda membuat perjalanan dibawah VWP dan tiba di pintu masuk Amerika Syarikat, pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan (CPB) akan menentukan sama ada anda akan dibenarkan untuk masuk. Keputusan mereka adalah muktamad, meskipun anda mempunyai pengesahan ESTA, dan tiada saluran rayuan atau review.
  • Anda tidak boleh melanjutkan tempoh menetap anda dengan melawat salah satu negara serantau (Mexico, Kanada, atau Kepulauan Caribbean), selepas it masuk semula ke Amerika Syarikat. Lawatan anda masih tertakluk kepada 90 hari dari tarikh anda mula-mula masuk ke Amerika Syarikat.
  • Anda mesti menunjukkan yang anda mempunyai ikatan ekonomi dan sosial dengan negara asal anda.
  • Anda tidak boleh bekerja dalam sebahagian besar pekerjaan di Amerika Syarikat ketika lawatan anda. Pengecualian biasanya termasuklah perjumpaan professional/perniagaan yang berkait dengan pekerjaan yang dilakukan di negara asal anda, dan boleh (walaupun tanpa jaminan) meliputi perkhidmatan professional bagi pihak majikan di luar Amerika Syarikat, pemasangan, khidmat, dan pembaikan alatan industri sebagai sebahagian dari jualan. Jika anda seorang artis persembahan, seperti ahli muzik atau pelakon, dan anda merancang untuk membuat persembahan secara langsung atau rakaman untuk produksi negara asal anda, atau anda seorang atlet yang datang ke Amerika Syarikat sebagai sebahagian dari acara atletik, anda mesti menggunakan visa O atau P, dari membuat perjalanan dibawah VWP. Jika anda seorang wartawan yang dating ke Amerika Syarikat untuk membuat liputan certia, anda mesti mempunyai visa.